Sunday, December 13, 2009

Mazhab/Jalan/The Way of ...

Rujukan

Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam
Hafiz Firdaus Abdullah

Hafiz dalam buku ini, mengupas perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian untuk bermazhab dalam Islam. Setiap hujjah yang dikeutarakannya akan disertakan nas-nas dari Quran dan dalil dari hadith yang turut disertai tahap kesahihan hadith tersebut. Ana tertarik dengan penulisan ini kerana turut diselitkan sejarah perkembangan Islam dan sirah Rasulullah saw. Buku ini boleh dibaca secara online di laman web beliau, biodata beliau boleh dirujuk di sini.

Petikan

Ibn Hazm (456H) rahimahullah meriwayatkan dari Maimun bin Mehram, kata beliau:

Abu Bakar al-Siddiq, apabila datang orang-orang yang berperkara kepadanya, beliau akan mencari hukumnya dalam Kitabullah (al-Qur'an), maka beliaupun memutuskan perkara itu dengan ketetapan al-Qur'an. Jika tidak ada dalam al-Qur'an dan beliau mengetahui sunnah Rasulullah dalam perkara itu, maka beliaupun memutuskan perkara itu dengan ia. Jika tidak ada sunnah pada perkara itu, beliaupun akan bertanya kepada para sahabat.

Abu Bakar akan berkata: “Telah datang kepadaku suatu perkara, maka adakah kalian mengetahui hukum yang Rasulullah berikan terhadapnya ?” Kadang-kadang berkumpullah beberapa orang sahabat di hadapannya memberitahu apa yang pernah diputuskan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Dan jika Abu Bakar masih tidak menemui sesuatu sunnah Rasulullah dari orang-orang yang ditanyakan itu, maka beliau akan mengumpulkan tokoh-tokoh sahabat dalam majlis Shura lalu bertanyakan pendapat mereka. Dan jika pendapat mereka bersatu atas yang satu (semua setuju) iaitu ijma' , maka beliaupun akan memutuskan atas ketentuan hasil ijma' itu.

Dan Umar al-Khaththab berbuat demikian juga.

Ibn Hazm, al-Ihkam, 5/92

Hasbi al-Shiddieqie, Sejarah Pertumbuhan dan Perkembangan Hukum Islam (Bulan Bintang, Jakarta 1971), ms. 27.

Habb/Cinta/Love

Rujukan

Kisah Cinta dalam Al-Quran: mengenal cinta meraih Allah
Misbah Em Majidy, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Cetakan Kedua 2009
Anbakri Republika: Petaling Jaya

Setakat yang ana dah baca, alhamdulillah bagus kandungannya. Kisah-kisah cinta yang diselitkan diambil dari Al-Quran resam Uthmani dan turut menyentuh cinta antara ibu dan anak, ayah dan anak, dan cemburi yahudi.

Seindah Mawar Berduri
Fatimah Syarha Mohd Noordin

Alhamdulillah, ana tertarik dengan pendekatan Fatimah Syarha melalui novel ini untuk menyebar kefahaman tentang Islamic-Love.

Petikan

"Jangan alat menjadi matlamat, dan jangan pula matlamat menjadi alat."
Syukur 21

“Okey, Kak Asrar nak tanya, apakah ciri–ciri cinta yang adik–adik anggap adalah cinta kerana Allah?” Khazinatul Asrar cuba membuka minda.

“Ianya adalah bercinta untuk berkahwin dan lahirkan anak–anak yang dididik dengan cara hidup Islam, baitul Muslim” jawab Syaqiera spontan.

“Itu natijah cinta kerana Allah. Kak Asrar bertanyakan ciri- ciri cinta kerana Allah."
Seindah Mawar Berduri, Fatimah Syarha Mohd Noordin

Wallahua'lam